Sunday, December 20, 2009

Wajah-wajah Anis

Ini ialah wajah-wajah Anis yang sempat di snap ketika Anis ke Coromandel, Hamilton semalam. Mula-mula kami singgah di Thames Park.
"Ibu abah mana?"
Anis suka panjat pokok macam Kakak Mizah dan Akak Azi
Anis sejuk masa ni
Anis sayang semua orang

Yippieee..

Kemudian Anis Anis bertolak ke Coromandel. Masa ni Anis meragam sebab Anis takut air. Anis bukan takut air, tapi sebab Anis pakai kasut, banyak pasir dalam kasut Anis, sebab tu Anis tak selesa. Lagipun air sangat sejuk, Anis dah menggigil masa ini.

Anis tak mahu turun ke laut
Ini ialah kawan baik Anis, Nemo namanya
Anis tengok ibu dari jauh

Uncle Sazali ajak kami melihat pokok Kauri selepas kami ke Coromandel. Mula-mulaibu Anis tak bagi Anis naik sebab jauh dan tinggi. Tapi Anis menangis nak abah dan kakak. Akhirnya ibu mengalah dan bawa Anis naik ke atas. Anis merupakan orang termuda masa tu berada di atas. Masa nak turun abah dukung Anis sebab Anis dah penat.

Cuba teka mana Anis dan Nemo?
Ibu dan Anis penat setelah menaiki bukit yang tinggi
Belakang Anis itulah pokok Kauri, besar sangat.

0 comments:

Post a Comment

Template by Abdul Munir
Visit Original Post Fly Net 04