Friday, December 25, 2009

Dunia Anis

Dulu semasa sebelum cuti sekolah, rutin harian Anis ialah ikut ibu ambil Akak Azi dan Kakak Mizah dari sekolah. Anis seronok sangat sebab tak sabar jumpa kakak-kakak Anis. Bolehlah Anis main pondok-pondok apabila kakak-kakak ada di rumah.
Berehat dulu sebelum melangkah pulang
Anis depan kelas Akak Azi

Inilah depan bangunan depan Pinehill School
Cepatlah Ibu, Anis panas ni.
Yeye.. tak sabar nak ambil kakak-kakak
Anis dan bunga, dua-dua cantik

Kadang-kadang cuaca sejuk sangat, ibu pakaikan Anis jumper supaya Anis tak sejuk. Tapi walaupun sejuk Anis tetap nak main playground di sekolah kakak-kakak. Bila cuaca panas, ibu pakaikan Anis topi. Tapi Anis tak suka pakai topi sebab angin di sini kuat, sampai melayang topi Anis.

Sunday, December 20, 2009

Wajah-wajah Anis

Ini ialah wajah-wajah Anis yang sempat di snap ketika Anis ke Coromandel, Hamilton semalam. Mula-mula kami singgah di Thames Park.
"Ibu abah mana?"
Anis suka panjat pokok macam Kakak Mizah dan Akak Azi
Anis sejuk masa ni
Anis sayang semua orang

Yippieee..

Kemudian Anis Anis bertolak ke Coromandel. Masa ni Anis meragam sebab Anis takut air. Anis bukan takut air, tapi sebab Anis pakai kasut, banyak pasir dalam kasut Anis, sebab tu Anis tak selesa. Lagipun air sangat sejuk, Anis dah menggigil masa ini.

Anis tak mahu turun ke laut
Ini ialah kawan baik Anis, Nemo namanya
Anis tengok ibu dari jauh

Uncle Sazali ajak kami melihat pokok Kauri selepas kami ke Coromandel. Mula-mulaibu Anis tak bagi Anis naik sebab jauh dan tinggi. Tapi Anis menangis nak abah dan kakak. Akhirnya ibu mengalah dan bawa Anis naik ke atas. Anis merupakan orang termuda masa tu berada di atas. Masa nak turun abah dukung Anis sebab Anis dah penat.

Cuba teka mana Anis dan Nemo?
Ibu dan Anis penat setelah menaiki bukit yang tinggi
Belakang Anis itulah pokok Kauri, besar sangat.

Wednesday, December 16, 2009

Inilah Diriku

Nama saya Nur Hanisah, dilahirkan sebagai puteri ketiga dalam keluarga yang bahagia. Punya dua orang kakak yang sangat comel, Nur Hamizah kakak sulung saya dan Nur Hazirah kakak tengah saya.

Saya dilahirkan pada 16 Oktober 2006 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan. Ibu saya bernama Hasnidar dan abah saya bernama Mohd Hanafiah. Saya seorang yang sangat manja dan suka menyakat kakak-kakak. Tapi saya sangat sangat pada kakak-kakak dan kedua orang tua saya.


Ini gambar ketika saya di Malaysia dahulu, gambar saat-saat terakhir sebelum kami berangkat ke Auckland.
Akak Azi dengki pada Anis, dia letakkan sticker di muka Anis
Comotnya Anis makan ais krim
Inilah hobi Anis, makan beras. Habis beras bersepah-sepah di lantai
Ibu dan Anis. Masa ni Anis baru balik dari nursery.
Masa ni Anis sedang merajuk di rumah Tok Yah... cutenya!
Kakak-kakak dengki pada Anis.. letak baju dalam baju Anis, nampak Anis buncit..
Rindunya nak makan KFC
Ibu dan Abah Anis
Ibu baru potong rambut, masa ni Anis di rumah Tok Mak

Template by Abdul Munir
Visit Original Post Fly Net 04